kejadian berlaku di asrama sekolah aku, and to be exact, dorm aku
sendiri lah. masa tu weekend. dan weekend tu, pulang bermalam optional.
since optional, aku tak balik lah. jauh kot, MUAR-TERENGGANU. tiket dah
lah mahal. balik sekejap je. tak mo aku balik. tapi, aku rasa itu lah
paling ramai sekali pelajar sekolah tu balik masa pulang bermalam
optional. punya lah ramai pelajar sekolah tu, dalam 650 kot, yang
tinggal masa tu tak sampai 100 pun kat sekolah. fuhh! dahsyat sungguh!
tak silap aku, aspura tak sampai 20 orang kot. aspura form 5, tak sampai
5 kot, berdasarkan pemerhatian aku ler. dahsyat tak dahsyat nya kan?
mungkin sebab tahun lepas tu, kitorang tak dapat banyak sangat cuti
untuk balik rumah, tak macam 2 tahun lepas. tu yang pakat balik semua
tu.
dorm aku, aku dan pe'ah je senior yang tinggal. junior, azra dan alia. 4
daripada 16 orang tu. so, kitorang jemputlah dorm lain datang tidur
sebab nak meramaikan lagi dorm. takut you! tu pun penuh separuh je.
nak dijadikan cerita, malam first yakni jumaat malam. kitorang, seperti
biasa, belajar kat dorm. takde kelas, bahagia je hidup. sebab setiap
kali weekend mesti ada kelas. kat dorm, ada 8 katil dua tingkat. so,
overall 16 lah semuanya. 8 belah kanan, 8 belah kiri. kitorang penuhkan
dekat belah kanan. jadi, belah kiri tu memang kosong sekosong-kosong
nya.
masa tu dah pukul 1 pagi, tinggal aku dengan biha je *classmate a.k.a
budak dorm lain yang aku jemput tidur kat dorm*. kitorang study add
maths. 1.15 camtu ah, biha naik katil tidur. tinggal aku sorang. study
punya study, aku rasa takut pulak nak stay up sensorang. dah lah kat
asrama tak banyak orang. so, 1.40 aku pun naik katil dalam keadaan mata
yang still segar bugar lagi. tak mengantuk weh! T_T
dah naik katil, aku amik comforter kat locker, tutup locker, baring.
sebelah aku, junior aku, azra. dah sedap-sedap baring tu, "Tap! Tap!
Tap! Tap! Tap!" bunyi macam orang ketuk kat besi katil. tapi bunyi tu
datang dari arah belah kiri yang semua katil tu kosong. mula-mula aku
tak terfikir apa-apa. so, aku jenguk je lah kepala tengok belah sana.
takde apa-apa. tapi, bunyi tu bertalu-talu, tak berhenti. aku tiba-tiba
naik seram. aku kejut junior aku tu. cesss! dia tak bangun. aku takde
pilihan, aku selubung dalam comforter, dan tutup telinga rapat-rapat.
okay, dah lama tutup tu, tangan aku dah lenguh. aku bukak balik. dah
hilang bunyi tu. pastu, tiba-tiba "Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!". bunyi
lagi! aku tutup lah telinga aku. dalam hati, kenapa tak ngantuk lagi ni?
fikiran dah melayang entah ke mana, macam-macam cerita hantu dalam
kepala. but still, perkara yang sama berulang-ulang kali berlaku. aku
tutup, bukak, senyap, bunyi balik. macam replay je. tapi, itulah yang
berlaku sampai aku tertidur.
sumber; http://sukacakapsorangsorang.blogspot.com/2013/02/cerita-seram-di-asrama.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar